Saturday, January 9, 2010

kerja oh kerja

tadi...aku menghadiri sesi temuduga di olim sdn. bhd..penat dan hampa..dapat kurasakan aku bakal tidak mendapat peluang kerja di situ..pengalaman sangat penting untuk mendapat kerja..kelmarin, aku hadiri sesi interview di open university...untuk jawatan tutor..persaingan bukanlah calang-calang..rata-rata calon yang hadir terdiri daripada lecturer dan cikgu sekolah menengah..alhamdulillah aku dapat..tapi kata pihak pengurusan kalau ada permintaan pelajar, baru aku dipanggil mengajar..ujian mencari pekerjaan benar-benar mencabar diriku..kadang-kadang aku rasa patah semangat..peluang kerja di Econsave ku tolak kerana di sana aku tidak dibenarkan memakai pakaian mengikut keselesaanku..hanya 15 hari bekerja, aku berhenti..setelah itu aku mendapat tawaran kerja di NAHA utara enterprise sebagai kerani..tetapi gaji yang ditawarkan terlalu sedikit..aku bukan memilih tapi dengan rm300 tak cukup...kemudian aku mendapat tawaran kerja d pejabat peguam di Aman jaya..sebagai kerani..gaji ok..tapi kena ikat kontrak 2 tahun dan dalam tempoh 2 tahun aku tak boleh terima tawaran kerja lain..aku tak berani nak ambil risiko itu..lalu ku tolak peluang itu...ya Allah, adakah aku terlalu memilih..murahkan rezki ku... ameen...

Tuesday, November 17, 2009

cAbArAn







selamat pagi teman...
pagi yang mendung hari ni merupakan hari terakhir aku d uum...
terlalu banyak kenangan ku disini...
banyak yang ku pelajari
aku dewasa disini..
ahhh...adakah aku telah terlalu bersedia?
mendongak kepala membuka mata..
melihat CABARAN dan berdepan dengannya...
aku terlalu kerdil..
Allah....tolonglah aku...
permudahkan langkah2 ku..
lancarkan laluan ku..
agar dapat ku beri sinar, pada wajah2 itu...


Assalammualaikum…TEMAN…
Aku bukanlah sesiapa…
Hadirku ke gerbang ilmu ini dengan satu tekad…
Ingin genggam segulung ijazah, buat bekal di masa depan…
Kenangan PERTAMA masih kekal terpahat diingatan..
Langkahku lesu, tidak berteman..
Alhamdulillah…Allah permudahkan…
Kini, aku memiliki TEMAN..
Ya Allah…kukuhkan ikatan ukhwah ini…

Wednesday, October 28, 2009

Thursday, September 10, 2009

Ramadhan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


hati resah..
jiwa gelisah..
mata mula memerah..
layakkah aku..
meraih Ramadhan kali..
Allah..

Tuesday, September 8, 2009

menilai atau dinilai??


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kita suka membuat penilaian..
kadang-kadang penilaian kita terhadap orang lain keterlaluan..
diri sendiri?
jarang kita nilai..
aku antaranya..
suka menilai orang lain
tanpa sedar, aku sendiri yang perlu dinilai
kenapa aku begini?
kenapa aku tak begitu?
nilailah dirimu wahai diri..
jangan mencari keburukan orang..
nanti penilaian Allah terhadapmu
seburuk kamu menilai orang..
Allah..ampunkan aku..

Thursday, September 3, 2009

jauh..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


aku terdiam lagi..
lihat engkau ketawa..
dulu, senyuman itu untuk ku..

tapi, kini tidak lagi..
kau dan aku tidak seperti dulu
adakah kau rasa apa yang ku rasa
kita makin jauh..

demi Allah..aku rindu..
waktu dulu..
ketika senyuman itu
adalah milikku....