Monday, August 31, 2009

kita tak dapat memaksa..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tadi, air mata jatuh ke pipi tanpa dapat ku tahan-tahan lagi..tidak pernah sesedih ini dalam sebulan ini..tapi hari ni, jiwa ku disentuh..bila begini, aku tertanya-tanya kenapa harus begini..

aku sedar, aku miliki banyak kekurangan dan tak boleh memaksa dia menyukai aku..dia bukan lah siapa..hanya teman..aku tak pernah mengharap dia..segala-galanya Dia tentukan..aku cuba menerima dia seadanya..tapi bila dia buat aku begini, aku rasa ingin menyepi..membawa diri..sikapnya yang berbeza terhadap ku berbanding kawan-kawan lain buat aku rasa sangat tersisih..aku cuba bersabar dan bersikap adil terhadap dia..tapi, entah lah..

mungkin dia bahagia bila aku pergi..aku cuma menghitung hari..yang pasti, aku tak akan hubungi dia lagi..

Monday, August 3, 2009

lemahnya wahai diri..

kelmarin, aku keseorangan di bilik..termenung dan berfikir..kedengaran alunan ayat ayat suci al- Quran berkumandang di masjid..aku bangun dengan rasa malas..hajat di hati ingin berjemaah di masjid..aku ke bilik air untuk berwuduk..sesudah itu, kembali semula ke bilik.."aik, mana kunci ni"..aku berbisik sendirian.."ya Allah, kunci tak bawa..roomate dah la tak balik lagi"..kedengaran azan maghrib mula berkumandang..aku bergegas ke bilik adikku..hidayah.
terlalu kusar dan bimbang, aku dan adik segera mencari felo bertugas..sayangnya beliau telah keluar makan bersama suami dan anak2..2 jam lebih menunngu, akhirnya beliau balik..kudapatkan kunci dari beliau..
hampir pukul 11.30 baru aku dapat masuk ke bilik..air mata jatuh tak tertahan..rasa syukur sesangat..terasa lemahnya wahai diri..

Saturday, August 1, 2009

kaktus berbunga lagi..

Teringat suatu pagi, ketika cuti baru-baru ni..cuti yang diberi pihak universiti akibat penularan H1N1..aku ke laman rumah ku untuk menyidai pakaian yang baru ku basuh di ampaian yang dibuat ayah..sambil menyidai kain, mata ku liar memerhati sekitar rumah ku yang agak semak dengan pokok pandan..tetiba, pandanganku terhenti pada sebatang pokok kaktus yang gagah berdiri..ya Allah, tingginya pokok kaktus ni..masih segar diingatan..ketika itu, aku masih bersekolah rendah..aku ke rumah temanku, shuhada..ada banyak pokok kaktus.." ila, nak benih pokok kaktus boleh tak? nak tanam kat rumah" tanya ku pada shuhada.."boleh.." lalu shuhada mengambil anak pokok kaktus yang sebesar tapak tangan ku ketika itu..terlalu kecil dan sangat comel..aku menanamnya..dan Alhamdulillah Allah menghidupkannya hingga kini..setelah bertahun-tahun, pokok kaktus itu terus membesar dan kini ia lebih tinggi dariku..
ku amati lagi pokok kaktus hingga ke atas..eh.eh..ada bunga..cantik..ada juga yang dah layu..Subhanallah..memori bersama shuhada dan teman-teman di sekolah rendah mula berlegar-legar di minda ku..setelah siap menyidai kain, aku berjalan ke arah rumah..ku paling ke belakang, dan melihat pokok kaktus..aku tersenyum..kaktus berbunga lagi..moga harum bunganya memekar dan mewangi sekuat rinduku pada teman yang dah lama tak ku temui..

-AimaN-

huh..penatnya..nape ni..walaupun tidur cukup, mata ni tetap mengantuk..teringat aku kepada adikku dikampung..Aiman..

"mak..mak..kak ila..kak ila..tengok ni, cheq dapat burung"...aku dan mak bergegas ke arah dik man yang girang ketawa.."eh eh comelnya..macam mana dik man leh tangkap burung ni?"..tanya ku pelik.."cheq terbey (lastik)..burung ni terkejut, pas tu dia jatuh..cheq cekup la"..mak menyampuk, "tak kan boleh jatuh kalau tak sakit. ni mesti ada luka kat mana-mana"..mak ambil perlahan burung tu dari genggaman tangan dik man.."burung merbah kunyit ni"..bisik mak perlahan..
ku lihat mak membelek-belek burung kecil itu dan tiba-tiba burung tu terlepas dari genggaman mak.." awat (kenapa) mak bagi lepas.." soal dik man hampir menangis.."mak tak sengaja..mak ingat dia lemah"..jawapan mak tak dihiraukan dik man lagi..dia terus mengamuk dan merungut..menangis tak henti-henti.."ingat senang ka cheq nak tangkap" teriak dik man lagi.."tu la..Allah nak selamatkan burung tu la..Allah nak hang p solat jumaat.." leter kak syimah, adikku..iaitu akak kepada Aiman.."aku tak mau pi sembahyang kalau tak dapat burung" jawab dik man..aku tersenyum tengok dik man buat perangai..tak henti-henti dia merungut dan menangis..
"Aiman..aiman..mai masuk makan laksa..nanti kita suruh ayah beli burung"..mak memanggil dari dalam..dik man masuk dan makan..aku dekati dia.."pandai dik man tangkap no..memang comel la kak ila tengok burung tu.." sengajaku memuji mengambil hati.. " kak ila tau tak, cheq dah tangkap banyak burung..hari tu cheq tangkap 2 ekor, pas tu cheq lepas.." "tak baik tangkap burung, nanti Allah marah sebab seksa binatang" jawabku sambil menghirup kuah laksa.."cheq bukan seksa, cheq nak main..nanti cheq lepas la.." ku teman dik man makan hingga selesai..mulut dia tak henti-henti bercerita fasal burung..hehe dik man...dik man...pandai sungguh dia..tapi manja..kak ila sayangkan dik man..kak ila doakan dik man bakal jadi pemuda soleh yang berjuang demi agama, bangsa dan negara..ameen..