Saturday, August 1, 2009

kaktus berbunga lagi..

Teringat suatu pagi, ketika cuti baru-baru ni..cuti yang diberi pihak universiti akibat penularan H1N1..aku ke laman rumah ku untuk menyidai pakaian yang baru ku basuh di ampaian yang dibuat ayah..sambil menyidai kain, mata ku liar memerhati sekitar rumah ku yang agak semak dengan pokok pandan..tetiba, pandanganku terhenti pada sebatang pokok kaktus yang gagah berdiri..ya Allah, tingginya pokok kaktus ni..masih segar diingatan..ketika itu, aku masih bersekolah rendah..aku ke rumah temanku, shuhada..ada banyak pokok kaktus.." ila, nak benih pokok kaktus boleh tak? nak tanam kat rumah" tanya ku pada shuhada.."boleh.." lalu shuhada mengambil anak pokok kaktus yang sebesar tapak tangan ku ketika itu..terlalu kecil dan sangat comel..aku menanamnya..dan Alhamdulillah Allah menghidupkannya hingga kini..setelah bertahun-tahun, pokok kaktus itu terus membesar dan kini ia lebih tinggi dariku..
ku amati lagi pokok kaktus hingga ke atas..eh.eh..ada bunga..cantik..ada juga yang dah layu..Subhanallah..memori bersama shuhada dan teman-teman di sekolah rendah mula berlegar-legar di minda ku..setelah siap menyidai kain, aku berjalan ke arah rumah..ku paling ke belakang, dan melihat pokok kaktus..aku tersenyum..kaktus berbunga lagi..moga harum bunganya memekar dan mewangi sekuat rinduku pada teman yang dah lama tak ku temui..

No comments:

Post a Comment