Saturday, August 1, 2009

-AimaN-

huh..penatnya..nape ni..walaupun tidur cukup, mata ni tetap mengantuk..teringat aku kepada adikku dikampung..Aiman..

"mak..mak..kak ila..kak ila..tengok ni, cheq dapat burung"...aku dan mak bergegas ke arah dik man yang girang ketawa.."eh eh comelnya..macam mana dik man leh tangkap burung ni?"..tanya ku pelik.."cheq terbey (lastik)..burung ni terkejut, pas tu dia jatuh..cheq cekup la"..mak menyampuk, "tak kan boleh jatuh kalau tak sakit. ni mesti ada luka kat mana-mana"..mak ambil perlahan burung tu dari genggaman tangan dik man.."burung merbah kunyit ni"..bisik mak perlahan..
ku lihat mak membelek-belek burung kecil itu dan tiba-tiba burung tu terlepas dari genggaman mak.." awat (kenapa) mak bagi lepas.." soal dik man hampir menangis.."mak tak sengaja..mak ingat dia lemah"..jawapan mak tak dihiraukan dik man lagi..dia terus mengamuk dan merungut..menangis tak henti-henti.."ingat senang ka cheq nak tangkap" teriak dik man lagi.."tu la..Allah nak selamatkan burung tu la..Allah nak hang p solat jumaat.." leter kak syimah, adikku..iaitu akak kepada Aiman.."aku tak mau pi sembahyang kalau tak dapat burung" jawab dik man..aku tersenyum tengok dik man buat perangai..tak henti-henti dia merungut dan menangis..
"Aiman..aiman..mai masuk makan laksa..nanti kita suruh ayah beli burung"..mak memanggil dari dalam..dik man masuk dan makan..aku dekati dia.."pandai dik man tangkap no..memang comel la kak ila tengok burung tu.." sengajaku memuji mengambil hati.. " kak ila tau tak, cheq dah tangkap banyak burung..hari tu cheq tangkap 2 ekor, pas tu cheq lepas.." "tak baik tangkap burung, nanti Allah marah sebab seksa binatang" jawabku sambil menghirup kuah laksa.."cheq bukan seksa, cheq nak main..nanti cheq lepas la.." ku teman dik man makan hingga selesai..mulut dia tak henti-henti bercerita fasal burung..hehe dik man...dik man...pandai sungguh dia..tapi manja..kak ila sayangkan dik man..kak ila doakan dik man bakal jadi pemuda soleh yang berjuang demi agama, bangsa dan negara..ameen..

No comments:

Post a Comment