Saturday, July 25, 2009

lewat

Ila..ila..bangun, dah lewat..kedengaran sayup2 suara roomate memanggil ku..perlahan, aku membuka mata..kenapa cerah semacam je ni..ku gapai handset ku yang terletak disisi bantal..Ya Allah, pukul 8.30..aku kunci jam pukul 6..kenapa tak dengar..aku tak solat subuh lagi..terasa seperti mahu menangis..aku bergegas ke toilet mandi dan terus solat..bersiap ala kadar,aku terus berlari ke dataran menunggu bus..ala..kenapa tak ada bus..jam dah dekat pukul 9..kelas mula 9.30..hati ku mula gelisah..terasa mahu menangis..hatiku mengomel..ramai pelajar mula gelisah..kenapa ni? tambang bus mahal tapi perkhidmatan tetap macam 2..aku bertanya kepada seorang pelajar..dah lama ke tunggu? dah lama jawabnya..hampir 10 minit kemudian datang sebuah bus..apa lagi, kejar-mengejar pun berlaku..aku tak nak lewat ke kelas..ku sertai juga perebutan itu..tolak-menolak,tarik-menarik, dan akhirnya berjaya juga aku naik..maafkan aku teman-teman terpaksa menolak..maafkan aku kawan-kawan terpaksa berkasar..sampai bila harus begini..keluar awal macam 2, keluar lewat lagi la..
Setelah tamat kelas, aku dan temanku bergegas ke bilik kaunseling..aku bakal menjadi klien kepada seorang kaunselor pelatih..noraini namanya..aku dikehendaki mengisi pelbagai borang..buat ujian warna dan gaya bercinta..setelah itu, kami masuk ke bilik perundingan dan mula berbual..
Esok merupakan hari lahir temanku...ku doakan dia berbahagia selalu..moga dia jadi lelaki soleh yang bakal membimbingku..ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini terlalu berharap padaMu..permudahkanku, lancarkan perjalan hidupku..dunia dan akhirat..ameen

No comments:

Post a Comment