Friday, July 24, 2009

Kenangan terindah

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku siapkan tugasan En. faizal..Dan tadi aku baru je send emel dekat beliau..harap-harap sampai la hendakNya..dalam masa yang sama aku sempat edit aku punya friendster..suka sesangat dapat ADD kawan baru iaitu adik angkatku..Zahid..dah lama tak dengar cerita dan akhirnya dia hubungi aku..teringat pula kenangan di asrama..betapa aku ketika itu, sangatlah tidak matang..hehe..berbual dengan zahid seolah2 kami selalu jumpa..pada hal kat asrama dulu, aku hanya tengok2 dia dari jauh..hanya surat je yang jadi titian antara kami untuk berhubung..aku sangat rindukan kenangan di asrama..terbayang2 diruang mata wajah-wajah teman yang menemani kehidupan ku di sana..zila, wanie, hiza, farhana, shu, dayah, jannah,madihah, rohaida, farah..dan ramai lagi yang tak mungkin aku lupa..di asrama aku di lantik menjadi biro akademik..aku sebenarnya sangat berharap di lantik menjadi biro agama..aku punyai misi tersendiri..tetapi senior dan warden telah memilihku menjadi biro akademik..kehidupanku diasrama berseri bila aku mengenali zahid..dia terlalu matang jika hendak dibandingkan dengan usianya..pada penghujung tahun iaitu ketika aku hampir menduduki STPM, segala2 nya berubah..masing2 membawa diri..mungkin kerana tekanan untuk exam..aku mula fokus pada pelajaran..kini..aku sangat merindui memori itu..ya Allah lindungilah semua teman2 ku..rahmatilah mereka dengan kasih sayangMu..sesungguhnya aku terlalu merindu..

No comments:

Post a Comment