Thursday, July 23, 2009

yassin

Semalam aku dan temanku chah ke masjid Bukit Kachi..ada bacaan Yassin dan Tahlil..Di masjid kehadiran jemaah cukup memberangsangkan..rata-ratanya terdiri dari adik2 semester 1..setelah selesai menunaikan solat maghrib, kami mula membaca Yassin secara jemaah..Dalam kesyahduan itu, aku terdengar esakan beberapa orang pelajar yang menangis..pasti ada sesuatu di dalam hatinya..aku juga turut berasa sebak..mengingatkan emak ayah di kampung..mengenang wajah tua mereka yang dimamah usia..Setelah selesai, sekali lagi kami solat Isyak berjemaah..terasa ukhwah yang amat mendalam bila bahu bertemu bahu dengan tujuan yang satu iaitu sujud mengadap Dia..setelah selesai, kami dihidangkan dengan sedikit makanan iaitu bihun goreng..masing2 makan dalam talam yang terdiri dari 5 ke 6 orang bagi satu talam..sekali lagi, ikatan ukhwah itu benar2 menusuk jiwa..terasa begitu indahnya Islam itu..terasa cantik tanpa cacat cela..Ya Allah,tetapkan lah aku dalam iman..tunjukkan aku jalan yang benar..agar dapat ku gapai sinar itu..ameen

No comments:

Post a Comment