Saturday, January 9, 2010

kerja oh kerja

tadi...aku menghadiri sesi temuduga di olim sdn. bhd..penat dan hampa..dapat kurasakan aku bakal tidak mendapat peluang kerja di situ..pengalaman sangat penting untuk mendapat kerja..kelmarin, aku hadiri sesi interview di open university...untuk jawatan tutor..persaingan bukanlah calang-calang..rata-rata calon yang hadir terdiri daripada lecturer dan cikgu sekolah menengah..alhamdulillah aku dapat..tapi kata pihak pengurusan kalau ada permintaan pelajar, baru aku dipanggil mengajar..ujian mencari pekerjaan benar-benar mencabar diriku..kadang-kadang aku rasa patah semangat..peluang kerja di Econsave ku tolak kerana di sana aku tidak dibenarkan memakai pakaian mengikut keselesaanku..hanya 15 hari bekerja, aku berhenti..setelah itu aku mendapat tawaran kerja di NAHA utara enterprise sebagai kerani..tetapi gaji yang ditawarkan terlalu sedikit..aku bukan memilih tapi dengan rm300 tak cukup...kemudian aku mendapat tawaran kerja d pejabat peguam di Aman jaya..sebagai kerani..gaji ok..tapi kena ikat kontrak 2 tahun dan dalam tempoh 2 tahun aku tak boleh terima tawaran kerja lain..aku tak berani nak ambil risiko itu..lalu ku tolak peluang itu...ya Allah, adakah aku terlalu memilih..murahkan rezki ku... ameen...

1 comment:

  1. sabarlah nurie..insyaallah kerja yg bgus menanti anda..

    ReplyDelete