Wednesday, July 22, 2009

sayu...

Semalam merupakan hari yang benar-benar sayu dalam hidupku..walaupun dikelilingi teman-teman yang sentiasa ceria, namun hatiku terus sayu..paginya aku ke kelas..keluar pada pukul 8.30am kurasa cukup awal..kerana kelas ku bermula pada pukul 9.30am..walau bagaimanapun, harapan untuk ke kelas lebih awal tidak kesampaian kerana bus tiada..akhirnya datang sebuah bus..dengan bilangan pelajar yang ramai menanti mana mungkin mudah bagiku merebut untuk naik bus tersebut..setelah 2 buah bus berlalu, kali ini, aku nekad untuk berperang..berhimpit2,menyelit2..dan akhirnya aku berjaya naik dan yang paling membanggakan, aku dapat duduk tu...hehe teman ku chah juga berjaya mengharung lautan manusia yang masing2 kelihatan pentingkan diri..mana tidaknya jam sudah menunjukkan pukul 9.15am..ucapan tahniah ku kalungkan padanya sambil tersenyum kepenatan..di kelas kami membincangkan tentang isu perlukah golongan islam di beri peruntukkan undang2 di AS..masing2 keluar dengan pendapat tersendiri..setelah itu kami membincangkan tentang Isu pekerja asing..pada akhir kelas En. Faizal iaitu pensyarah yang mengajar subjek Seminar Pengurusan Sumber Manusia datang padaku sambil berkata "kamu tolong buat laporan tentang apa yang kita bincangkan OK, dan hantar ke e-mel saya.." aku mengangguk...setelah itu aku dan rakan2ku bergegas ke DKG 5 untuk sertai kelas pengurusan pejabat..aku bukanlah antara pelajar yang berdaftar dalam kelas tersebut, tetapi mendengarkan desas-desus teman2 menyatakan pensyarah yang mengajar subjek berkenaan mempunyai daya penarik tersendiri, maka akupun pergi..betul la cakap mereka..beliau pandai menyampaikan syarahan dengan gaya yang santai...
Tetapi hatiku tetap begitu..sayu, sayu, dan terus sayu...kenapa wahai hati..aku teringatkan emak..emak..ya dah lama aku tak menghubungi mak..lalu aku terus menghubungi bonda tercinta..setelah bertanya khabar, akhirnya sayu di hatiku hilang..kini aku sedar, hati ini sayu kerana terlalu merinduimu wahai emak yang kusayangi...

1 comment: