Monday, July 20, 2009

Israk Mikraj

Alhamdulillah hari ni aku mampu untuk bangun awal dari kebiasaannya..kalau tidak, lepas subuh mesti aku akan 'pengsan' semula. Semalam aku dan temanku chah pergi dengar ceramah Israk Mikraj yag dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiyyah Rakan Masjid Bukit Kachi.. Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof Madya Dr. Shukri B. Ahmad..dalam ceramah tersebut beliau tidak begitu menekankan peristiwa Israk Mikraj..sebaliknya hikmah peristiwa tersebut..banyak pengajaran yang aku perolehi daripada ceramah yang disampaikan beliau..antaranya, beliau mengenengahkan isu fitnah dan mengumpat..mana tidaknya baru2 ni kita dikejutkan dengan kes perceraian Ustaz Akil dan isterinya Maizawati..segala2nya berpunca dari fitnah dan akhirnya mereka bercerai..pasti ada pihak2 tertentu yang berasa puas kerana dapat meruntuhkan perkahwinan mereka..Allah melaknat orang yang menyebarkan fitnah. Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, Rasullullah menemui sekumpulan manusia yang menggunting lidah mereka sendiri dan ada yang memakan daging mereka sendiri..lalu baginda bertanya kepada malaikat siapakah gerangan mereka itu..lalu malaikat menyatakan bahawa mereka itu ialah orang yang mengumpat dan menyebarkan fitnah..selain daripada itu, Prof. Shukri juga turut menekankan kepentingan berdoa..doa adalah senjata orang mukmin..tanpa doa, maka terputuslah komunikasi antara kita dengan Allah..Menurut Prof. Shukri lagi Kecintaan kepada Allah adalah merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang manusia..Terdapat 3 aspek yang dikemukakan beliau dalam ceramah tersebut iaitu..1) berkomunikasi (berhubung dengan Allah). 2) memahami larangan dan suruhan Allah 3) memikul tanggungjawab atau amanah..Ceramah tersebut berakhir lebih kurang pukul 11.30pm..

No comments:

Post a Comment