Tuesday, July 21, 2009

Kursus tatatertib majlis (protokol)

Segala puji bagi Allah..terasa hilang mengantuk dimata dan penat di badan setelah aku dapat melelapkan mata hampir setengah jam..Belakangan ni, aku sukar untuk tidur..entah apa yang menganggu fikiranku entahlah..yang aku pasti,aku tidak berasa tertekan atau apa2..
Semalam aku dan rakan-rakanku (chah, yam, fatimah, ida, dan hampir 100 org yang tak ku kenali) telah menghadiri Kursus Tatatertib Majlis di EDC UUM. Kursus terbabit dianjurkan oleh UUM College of Arts and Sciences. Dengan bayaran yuran sebanyak RM 10, pelbagai perkara baru aku pelajari disamping dapat makan...Kursus tersebut bermula pada pukul 5pm dan tamat pada pukul 10 pm..para peserta yang hadir mengenakan busana yang menarik, tertarik dan memang cun la..Dalam kursus tersebut, kami diajar bagaimana untuk makan menggunakan kutleri yang berada di atas meja dengan betul..selain itu, kami juga di ajar bagaimana untuk tampil di dalam majlis formal dan tingkahlaku yang sopan di dalam majlis..Setelah mendengar ceramah hampir 2 jam..kami berhenti untuk solat Maghrib..peluang yang ada kami ambil untuk bergambar di persekitaran EDC tersebut..tepat pikul 8 malam semua peserta masuk semula ke dewan untuk membuat simulasi..kami di hidangkan dengan roti dan butter..masing2 tersenyum kerana sebelum ni kalau makan roti tak perlu di cubit manjadi kepingan kecil lalu disapu mentega dan kunyah penuh sopan..setelah itu, kami disajikan dengan sup..sekali lagi aku tertawa kerana berasa hipokritnya diri..sangat sukar melakukannya tetapi akhirnya habis juga semangkuk sup tersebut..beberapa minit kemudian setelah sup habis dihirup, kami disajikan dengan chicken chop..pengacara majlis sempat mengusik kami..katanya " jangan terpelanting ayam 2 atas meja sudah ye" kata2nya menimbulkan derai ketawa kami semua..Alhamdulillah habis juga aku makan..tapi kami disarankan untuk tinggalkan sedikit di dalam pinggan..etiket katanya..tapi dalam Islam, membazirla kita sebenarnya..akhir sekali kami dihidangkan dengan puding roti...setelah mendapat sijil, kami semua berangkat pulang ke DPP

1 comment: